Huawei P30 Pro Versi 5G Akan Diperkenalkan Khusus Untuk Pasaran Di Eropah Comments Off on Huawei P30 Pro Versi 5G Akan Diperkenalkan Khusus Untuk Pasaran Di Eropah 288

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Huawei bakal melancarkan siri Huawei P30 secara rasmi pada penghujung Mac 2019 nanti di Paris. Apa yang menariknya, baru-baru ini ada pengguna di Weibo telah berjaya mendedahkan kemunculan Huawei P30 Pro versi 5G dan ia dijangka akan diperkenalkan untuk pasaran di Eropah.

Berita ini mungkin ada kebenarannnya berikutan Huawei baru sahaja melancarkan cip 5G miliknya iaitu Balong 5000 yang telah disahkan akan digunakan pada telefon pintar keluarannya tidak lama lagi. Ini didorong pula dengan trend pengenalan telefon pintar 5G yang akan turut disertai oleh jenama lain seperti Xiaomi, Vivo dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend