Huawei P30 Pro Varian Ditawarkan Dalam Warna ‘Amber Sunrise’ Di Malaysia Bermula 18 Mei 2019 Comments Off on Huawei P30 Pro Varian Ditawarkan Dalam Warna ‘Amber Sunrise’ Di Malaysia Bermula 18 Mei 2019 544

Baru sahaja kami berkongsi bahawa Huawei Singapura akan memperkenalkan Huawei P30 Pro varian 512GB dalam warna baharu Amber Sunrise bermula 30 Mei nanti, nampaknya pengguna di negara ini terlebih dahulu akan berpeluang menerima warna baharu ini bermula 12 tengah malam ini (18 Mei 2019).

Perkara ini telah diumumkan secara rasmi oleh Huawei Malaysia hari ini, dan Huawei P30 Pro ini akan hanya ditawarkan dalam varian 8GB + 512GB sahaja, sama seperti di Singapura. Dijual pada harga RM4,399, ia boleh dibeli melalui Huawei Experience Stores dan juga juga Huawei Online Official Store.

Sempena promosi ‘Huawei Ramadan Specials’ yang berlangsung sehingga 24 Mei 2019 ini, setiap pembelian Huawei P30 Pro dalam warna Amber Sunrise akan turut menerima Huawei TalkBand B5 secara percuma.

Miliki Huawei P30 Pro dalam warna ‘Amber Sunrise’ bermula tengah malam ini (12am, 18 Mei 2019):

Baca juga:

Huawei Singapure Perkenal Huawei P30 Pro Dalam Warna Baharu – ‘Amber Sunrise’

Beli Peranti Huawei Di Huawei Online Official Store Untuk Peluang Memenangi Tiket Percutian Ke Tokyo

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend