Huawei P30 Pro Sekali Lagi Digunakan Untuk Mengabadikan Majlis Akad Nikah Fasha Sandha Comments Off on Huawei P30 Pro Sekali Lagi Digunakan Untuk Mengabadikan Majlis Akad Nikah Fasha Sandha

Hari ini telah menyaksikan majlis akad nikah dan juga persandingan di antara Fasha Sandha dan juga Aidil Aziz. Apa yang lebih menarik perhatian kami adalah perkongsian dua keping gambar yang telah dimuat naik oleh pelakon wanita itu di dalam akaun Instagram miliknya, dan telah diambil menggunakan Huawei P30 Pro.

Berdasarkan daripada gambar yang telah dikongsikan itu, ia sekali lagi telah memperlihatkan keupayaan zum menggunakan Huawei P30 Pro menggunakan 10x zum hibrid dan juga 50x zum digital yang sudah tentunya tidak mampu diambil menggunakan peranti lain. Kedua-dua gambar itu menyaksikan rekaan busana eksklusif daripada Rizman Ruzaini yang sememangnya terkenal dengan sentuhan sofistikated.

Apa yang pasti, anda juga mampu mendapatkan hasil gambar dengan jarak yang mustahil untuk dicapai oleh mana-mana telefon pintar di pasaran melalui sokongan fungsi SuperZoom menggunakan LEICA Quad Camera System. Siri Huawei P30 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 2 April 2019 ini.

Baca juga:

Fasha Sandha Kongsi Gambar Perkahwinan Menggunakan Huawei P30

[Peraduan] Menangi Huawei P30 Pro Dengan Meneka Harga Jualan Rasmi P30 dan P30 Pro

Koleksi Hasil Gambar Menggunakan Lensa SuperZoom Sehingga 50x Zum Digital Pada Huawei P30 Pro

Huawei P30 Pro Catat Skor Tertinggi Di DxOMark Dengan 112 Poin

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend