Huawei P30 Pro Mungkin Berharga Kurang Daripada RM3400, Sementara P30 Kurang Daripada RM2500 Comments Off on Huawei P30 Pro Mungkin Berharga Kurang Daripada RM3400, Sementara P30 Kurang Daripada RM2500

Dua hari lepas semasa pengumuman rasmi siri Huawei P30, pihak Huawei turut mengumumkan tanda harga untuk kedua-dua peranti. Bagaimanapun harga (Euro) yang diletakkan adalah terlalu mahal berikutan cukai yang dikenakan di Eropah agak tinggi.

Melalui suapan terbaru di laman Weibo, seseorang telah memuat naik gambar memperlihatkan harga peranti dua model tersebut untuk pasaran China. Melihat pada gambar, Huawei P30 akan dijual pada harga bermula CNY3,988 sementara Huawei P30 Pro pada harga bermula CNY5,588, masing-masing dengan storan seluas 128GB.

Manakala untuk storan yang paling besar 512GB khususnya pada model Pro akan dijual dengan harga CNY6,988. Selepas menukarnya dalam bentuk mata wang ringgit, peranti ini cuma berharga sekitar RM4,234 – RM200 lebih murah berbanding Galaxy S10+ 512GB di Malaysia.

Harga peranti di China boleh dijadikan sebagai rujukan untuk harga peranti di Malaysia, malahan kadangkala harga-harga yang dijual di China adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia. Apa-apapun kita tunggu pengesahan pihak Huawei minggu hadapan di pelancaran rasmi siri Huawei P30 di Kuala Lumpur.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend