Huawei P30 Pro Kini Rasmi Pada Harga Bermula RM3,799 – Diikuti P30 Berharga RM2,699 Comments Off on Huawei P30 Pro Kini Rasmi Pada Harga Bermula RM3,799 – Diikuti P30 Berharga RM2,699

Selepas diumumkan secara global pada minggu lalu, Huawei P30 Pro kini dilancarkan secara rasmi di negara ini – menjadikan Malaysia pasaran yang terawal menerima peranti pertama di dunia menggunakan kamera jenis periskop.

Perkara utama yang menjadi imej tumpu peranti adalah kebolehan kamera melakukan zum optikal sebanyak 5-kali, seterusnya zum hibrid sebanyak 10-kali, dan yang terakhir adalah zum digital mencapai 50-kali – yang sedia tahu telah melampaui kemampuan sebuah telefon pintar masa kini.

Daripada segi reka bentuk, siri-P tahun ini khususnya P30 Pro telah menjalani rekaan-semula menerusi skrin OLED melengkung bersaiz 6.47-inci FHD+ yang dikatakan mampu jimat tenaga. Takuk kecil serta ruang dagu yang nipis telah memberikan rupa moden yang lebih menawan berbanding model terdahulu.

Bercakap tentang kamera pula, P30 Pro hadir dengan kombinasi lensa lebar, ultra-lebar, telefoto, dan ToF masing-masing dengan sensor Leica 40MP, 20MP, 8MP, dan 3D. Manakala kamera depan dilengkapi sensor 32MP juga berteknologi Leica.

Huawei P30 Pro dijanakan bateri sebesar 4,200mAh bersama sokongan pengecasan pantas SuperCharge 40W, sokongan kalis air dan debu IP68, pengecasan tanpa wayar 15W dan pengecasan berbalik (reverse-charging) – sama seperti Mate 20 Pro tahun lalu.

Pada Huawei P30 pula, peranti ini hadir dengan sistem tri-kamera belakang menggunakan konfigurasi lensa lebar, ultra-lebar, dan telefoto – tanpa kehadiran lensa ToF seperti abangnya, P30 Pro. Bagaimanapun, keupayaan kamera pada peranti ini turut diberi penekanan.

Oleh itu, ia menawarkan sensor 40MP, 16MP, dan sensor telefoto 8MP untuk kebolehan zum optikal sehingga 3-kali. Sebut mengenai zum, ia mampu dipicit sehingga 5-kali untuk hibrid dan sehingga 30-kali untuk zum digital. Kamera swafoto pula masih sama dengan model Pro menerusi sensor 32MP.

P30 memuatkan bateri berkapasiti 3,650mAh dengan teknologi pengecasan SuperCharge 22.5W, ciri kalis percikan air dan debu IP53, bicu audio 3.5mm, serta paparan skrin 2.5D OLED 6.1-inci FHD+ juga jimat tenaga.

Huawei P30 (8GB + 128GB)
Huawei P30 Pro (8GB + 128GB)
Huawei P30 Pro (8GB + 512GB)

Kedua-dua peranti ini dijalankan di atas sistem operasi EMUI 9.1 berasaskan Android Pie yang terkini. Ia ditawarkan pada harga RM3,799 (8GB+256GB) dan RM4,399 (8GB+512GB) untuk Huawei P30 Pro, sementara RM2,699 (8GB+128GB) untuk Huawei P30. Dua model ini didatangkan dalam pilihan warna Breathing Crystal, Aurora, dan Black.

Jualan pertama akan berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur pada 6 April 2019. Pelanggan terawal akan menerima Huawei Backup 1TB bernilai RM599 (untuk 6000 pelanggan pertama).

Bagi pembelian di mana-mana kedai terpilih pula, pelanggan yang membeli P30 Pro akan menerima sarung peranti Huawei Snorkeling Case bernilai RM428. Sementara pembelian untuk P30, pelanggan akan membawa pulang Huawei Wireless Charging Case bernilai RM268.

Miliki siri Huawei P30 secara eksklusif di Huawei Online Stores:

Baca juga:

Pra-Tempah Huawei P30 dan P30 Pro Untuk Menikmati Jaminan Waranti Sehingga 18 Bulan

Huawei MateBook 13 Dengan Paparan 2K FullView Akan Dijual Pada 6 April – Harga Bermula RM3,999

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend