Huawei P30 Pro Edisi Istimewa Swarovski Akan Mula Dijual Di China Pada 10 Mei 2019 Comments Off on Huawei P30 Pro Edisi Istimewa Swarovski Akan Mula Dijual Di China Pada 10 Mei 2019

Di dalam majlis pelancaran siri Huawei P30 di Paris pada 26 Mac yang lalu, Huawei turut menjalinkan kerjasamanya dengan Swarovski dengan penawaran ‘Huawei P30 Pro Special Edition Gift Box’. Selepas lebih sebulan ia diumumkan, hari ini portal Huawei Central telah melaporkan kehadiran edisi istimewa itu untuk pasaran di China.

Pembelian set istimewa Huawei P30 Pro ini didatangkan dalam kotak pembungkusan yang sangat menarik, dan di dalamnya tersedia dengan sarung pelindung ‘Glamorous Case’ yang dihiasi dengan batu kristal daripada Swarovski.

Terdapat tiga varian boleh dipilih iaitu 8GB + 128GB yang dijual pada harga CNY5,888 (kira-kira RM3,612), 8GB + 256GB pula boleh dimiliki pada harga CNY6,388 (kira-kira RM3,920), dan varian tertinggi 8GB + 512GB pula dijual dengan harga CNY7,188 (kira-kira RM4,411).

Pra-tempah untuk edisi istimewa Huawei P30 Pro ini sudahpun bermula hari ini (7 Mei 2019) dan ia akan mula dijual secara rasmi pada 10 Mei nanti.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend