Huawei P30 Pro Dilaporkan Menyokong 12GB RAM Dan Akan Diperkenalkan Pada Mac 2019 Nanti Comments Off on Huawei P30 Pro Dilaporkan Menyokong 12GB RAM Dan Akan Diperkenalkan Pada Mac 2019 Nanti

Menurut pendedahan yang dibuat oleh Lei Technology di laman sosial popular Weibo di China, Huawei dilaporkan akan menawarkan kapasiti RAM sebesar 12GB bermula tahun depan.

Berdasarkan imej yang dikongsikan, model P30 Pro akan menjadi telefon pintar pertama keluaran Huawei yang hadir dengan sokongan RAM terbesar boleh ditemui pada telefon pintar buat masa ini. Selain P30 Pro, imej itu ada turut mendedahkan sokongan 8GB RAM untuk varian lebih rendah iaitu P30.

Berbeza dengan siri P20 sebelum ini, siri P30 yang dijadualkan akan diperkenalkan pada bulan Mac 2019 ini dilihat menyokong kapasiti RAM dua kali ganda lebih besar untuk kedua-dua varian itu. Lebih menariknya, jelas dapat dilihat bahawa P30 menyokong kapasiti RAM sebesar 8GB, manakala P30 Pro pula memiliki RAM yang lebih besar iaitu 12GB.

~ Memandangkan siri Huawei P30 ni masih lambat lagi nak masuk Malaysia, sekarang korang boleh dapatkan siri Mate 20 pada hari pertama jualannya di  tiga lokasi berbeza pada 27 dan 28 Oktober. Pembeli terawal akan turut berpeluang menerima dron DJI Tello secara percuma, tapi kalau tak nak beli pun tak apa sebab korang masih boleh tengok-tengok Mate 20 dan Mate 20 Pro yang dipamerkan di sana…

Jualan Pertama Siri Huawei Mate 20 Akan Berlangsung Pada 27 Dan 28 Oktober Di Tiga Lokasi Berbeza, Pembeli Terawal Akan Menerima Dron DJI Tello

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend