Huawei P30 Pro Digunakan Untuk Merakam Filem Pendek Sains Fiksyen “Eye of The Future” Comments Off on Huawei P30 Pro Digunakan Untuk Merakam Filem Pendek Sains Fiksyen “Eye of The Future”

Huawei P30 Pro cukup terkenal dengan kebolehan dan keupayaan kamera belakangnya. Ia dilengkapi kamera jenis periskop yang menyokong zum optikal sehingga 5x yang mampu mengambil gambar statik pada jarak jauh dengan sempurna. Walau bagaimanapun, ada satu kekurangan yang dilihat pada peranti ini adalah ia tidak menyertakan ciri rakaman video 4K 60FPS. Menurut Huawei, menerusi video 1080p ia sudah cukup memadai untuk pengguna membuat rakaman yang baik, malah ia juga dapat menjimatkan ruang storan peranti.

Ini telah dibuktikan menerusi satu filem pendek sains fiksyen terbaru yang telah dimuat naik di laman perkongsian video Krcom China. Filem pendek bertajuk “Eye of The Future” arahan Peng Yulun ini menariknya dirakam sepenuhnya menggunakan Huawei P30 Pro. Percaya atau tidak, rakaman filem ini dibuat tanpa menggunakan sebarang peralatan kamera, hanya peranti sahaja.

Miliki Huawei P30 Pro:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend