HUAWEI P30 Pro Dengan EMUI 10 Dalam Warna Misty Lavender Dan Mistic Blue Akan Dijual Bermula 20 September Comments Off on HUAWEI P30 Pro Dengan EMUI 10 Dalam Warna Misty Lavender Dan Mistic Blue Akan Dijual Bermula 20 September 97

Di dalam acara IFA 2019 yang lepas, HUAWEI akhirnya telah mengesahkan penawaran dua warna baharu iaitu Misty Lavender dan juga Mistic Blue untuk HUAWEI P30 Pro. Dengan mengekalkan rekaan dan juga sokongan spesifikasi yang sama seperti sebelum ini, kedua-dua warna baharu ini menampilkan sentuhan dua tona warna pada panel kaca belakangnya.

Misty Lavender
Mistic Blue

Apa yang istimewanya, HUAWEI P30 Pro dalam warna baharu ini akan turut disokong oleh antaramuka baharu EMUI 10 berasaskan Android 10. Diinspirasikan daripada Morandi dari Itali, antaramuka baharu ini tampil dengan sentuhan warna lembut dan kelihatan lebih seimbang pada keseluruhan penampilannya.

HUAWEI P30 Pro dalam warna Misty Lavender dan Mistic Blue akan dijual untuk pasaran global bermula 20 September 2019 nanti. Dengan mencatatkan angka jualan melebihi 16.5 juta unit, siri HUAWEI P30 telah kekal menjadi peranti pilihan pengguna kerana ia mencatatkan kenaikan sehingga 53% berbanding siri HUAWEI P20.

  • Miliki peranti terpilih HUAWEI dengan jaminan waranti sehingga 2 tahun di HUAWEI Online Store
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend