Huawei P30 Pro dan Honor View20 Terima Kemas Kini Baharu Dengan Aplikasi ‘AR Measure’ Comments Off on Huawei P30 Pro dan Honor View20 Terima Kemas Kini Baharu Dengan Aplikasi ‘AR Measure’

Huawei P30 Pro dan Honor View20 yang masing-masing hadir dengan kamera sensor 3D Time of Flight (ToF) bagi mendapatkan ukuran jarak yang lebih tepat antara kedudukan peranti dengan objek di depannya lensa. Malah penyediaan sensor ToF ini turut menjanjikan kesan bokeh yang lebih baik.

Selain hadir dengan modul kamera jenis periskop, Huawei P30 Pro turut tersedia dengan sensor kamera 3D ToF.

Jika sebelum ini Huawei telah memperlihatkan fungsi aplikasi ‘AR Measure’ pada majlis pelancaran Huawei P30 Pro di Paris pada bulan lepas, akhirnya aplikasi itu telahpun mula diterima oleh pemilik Huawei P30 Pro dan juga Honor View20. Selain menawarkan aplikasi ‘AR Measure’, kemas kini baharu itu turut didatangkan dengan tampalan keselamatan Google bulan April 2019.

Aplikasi Huawei AR Measure turut menyokong ukuran ketinggian dengan bantuan teknologi pengecaman wajah.

Sebagai rujukan, kemas kini baharu untuk Huawei P30 Pro menyokong versi 9.1.0.140, manakala Honor View20 pula hadir dengan sokongan versi 9.0.1.173.

Tonton video aplikasi ‘AR Measure’ pada Huawei P30 Pro:

sumber

Baca juga:

Nikmati Diskaun Sehingga 80% Sempena Ulang Tahun Ke-5 ‘Huawei Online Official Store’ – 22 Hingga 12 Mei 2019

‘Huawei Service Day’ Menawarkan Servis Upah Pasang Percuma Untuk Peranti Tanpa Waranti

Pelanggan Astro Ditawarkan Baucar Bernilai RM200 Untuk Pembelian Huawei Mate 20 X dan Mate 20 Pro

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend