Huawei P30 Pro Dalam Warna ‘Twilight’ Diperlihatkan Dalam Video Pendek Comments Off on Huawei P30 Pro Dalam Warna ‘Twilight’ Diperlihatkan Dalam Video Pendek

Siri Huawei P30 bakal didedahkan kepada umum secara rasminya menjelang jam 9 malam pada 26 Mac 2019 ini, dan sebelum ini pelbagai maklumat berhubung imej fizikal dan juga spesifikasi peranti ini telah berjaya dikongsikan. Kini seorang pengguna di Weibo dilihat telah berjaya memegang model Huawei P30 Pro dalam video pendek.

Sebelum ini warna ‘Twilight’ untuk Huawei P20 Pro tampil dengan kombinasi tiga warna iaitu hijau, biru dan ungu, manakala warna ‘Twilight’ untuk Huawei Mate 20 Pro pula hadir dalam kombinasi tiga warna iaitu hitam, ungu dan biru. Tetapi warna ‘Twilight’ untuk model P30 Pro pula dilihat memiliki kombinasi warna yang lebih lembut dengan kemasan warna permukaan seperti mutiara (pearl).

Perkongsian gambar Huawei P30 dan P30 Pro di bilik pameran jualan di China:

Huawei P30 (kiri) dan P30 Pro (kanan) di bilik pameran jualan di China.
Rekaan panel belakang Huawei P30.
Rekaan panel skrin Huawei P30.
Rekaan panel belakang Huawei P30 Pro dengan sokongan empat kamera dalam warna ‘Twilight’.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend