Huawei P30 Pro Catat Skor Tertinggi Di DxOMark Dengan 112 Poin Comments Off on Huawei P30 Pro Catat Skor Tertinggi Di DxOMark Dengan 112 Poin 446

Bersempena dengan majlis pelancaran rasmi siri Huawei P30 di Paris, Huawei turut mendedahkan keupayaan penggambaran model Huawei P30 Pro yang telah berjaya mencatatkan skor tertinggi di DxOMark dengan 112 poin. Keputusan yang berjaya diperolehi ini secara tidak langsung telah meletakkannya di kedudukan pertama, mengatasi Huawei Mate 20 Pro, Samsung Galaxy S10+ dan juga Huawei P20 Pro.

Berdasarkan kepada ujian prestasi kamera yang dijalankan oleh DxOMark, Huawei P30 Pro berjaya memperolehi 119 poin untuk kamera statik, dan 97 poin untuk keupayaan rakaman video. Manakala untuk kamera swafoto pula, ia telah mencatatkan skor sebanyak 89 poin berbanding Huawei Mate 20 Pro dan P20 Pro yang masing-masing mencatatkan 75 dan 72 poin.

Huawei P30 Pro menampilkan sokongan empat kamera iaitu lensa utama beresolusi 40MP OIS (f/1.6) menggunakan sensor RYYB, lensa Telefoto 8MP OIS (f/3.4) dengan folded optics, lensa Super Wide-angle beresolusi 20MP (f/2.2), dan juga lensa ToF (Time-of-Flight).

Contoh hasil gambar:

Contoh hasil rakaman video:

Baca juga:

Huawei P30 dan P30 Kini Rasmi Dengan Kirin 980, Kamera 40MP LEICA dan Bateri Lebih Besar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend