Huawei P30 Pro Akan Diperkenalkan Dalam Warna ‘Sunrise Red’ – Eksklusif Untuk Pasaran Terpilih Comments Off on Huawei P30 Pro Akan Diperkenalkan Dalam Warna ‘Sunrise Red’ – Eksklusif Untuk Pasaran Terpilih 362

Sebagaimana yang telah didedahkan pada penghujung Februari yang lalu, model Huawei P30 dan P30 Pro telah dilaporkan akan menawarkan tiga pilihan warna iaitu Black, Ice White dan juga Twilight atau juga dikenali sebagai Aurora.

Melalui maklumat terbaru yang telah dikongsikan oleh portal WinFuture, Huawei P30 Pro dikhabarkan akan menampilkan satu lagi warna baharu iaitu Sunrise Red. Berdasarkan gambar yang telah dikongsikan, ia memiliki sentuhan warna jingga kemerahan dengan sentuhan efek warna yang lebih cerah pada bahagian atasnya. Namun begitu warna eksklusif ini akan ditawarkan untuk pasaran tertentu sahaja.

Selain daripada kemunculan warna baharu, Huawei P30 dipercayai akan mengembalikan semula bicu audio 3.5mm yang diletakkan bersebelahan dengan port USB Type-C. Manakala Huawei P30 Pro pula tidak akan memiliki bicu audio 3.5mm, tetapi sebaliknya tersedia dengan port inframerah yang terletak di bahagian atas kerangkanya.

Huawei P30 didakwa menyokong bicu audio 3.5mm .
Huawei P30 Pro – tersedia dengan port inframerah.

Apa yang pasti, segala persoalan tentang siri Huawei P30 ini akan terjawab di dalam majlis pelancaran rasminya pada 26 Mac 2019 nanti.

Baca juga:

Imej Pengolokan Dan Konfigurasi Awal Kamera Huawei P30 Dan P30 Pro Dikongsikan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend