Huawei P30 Memperlihatkan Sokongan Tiga Kamera Dengan Rekaan Takuk Titisan Air Comments Off on Huawei P30 Memperlihatkan Sokongan Tiga Kamera Dengan Rekaan Takuk Titisan Air

Jika pada minggu lepas kami telah berkongsi ketirisan imej pengolokan untuk model Huawei P30 Pro yang dipercayai menyokong empat kamera, baru-baru ini imej pengolokan untuk model Huawei P30 pula telah dikongsikan di Internet.

Sama seperti siri P20 sebelum ini, model yang lebih rendah untuk siri P30 juga memiliki kurang satu lensa kamera tetapi ia dilihat masih mengekalkan konsep rekaan yang hampir sama berbanding model Pro. Melalui maklumat yang diterima, Huawei P30 akan turut menyokong rekaan takuk jenis titisan air dengan skrin berukuran 6.0 inci FHD+.

Memandangkan ia tidak memiliki sensor pengimbas cap jari pada panel depan dan belakang, Huawei P30 dipercayai akan menggunakan teknologi pengimbas cap jari pada skrin sama seperti Huawei Mate 20 Pro. Manakala panel belakangnya yang memiliki sentuhan warna kecerunan ini turut menempatkan konfigurasi tiga kamera secara menegak.


Apa yang menarik perhatian kami adalah ketersediaan bicu audio 3.5mm yang jelas dapat dilihat pada bahagian bawah kerangka, iaitu bersebelahan dengan port USB-C dan juga speaker. Bahkan siri Huawei P30 juga dipercayai mungkin akan dikuasakan dengan Kirin 985 yang sedikit lebih berkuasa berbanding Kirin 980 pada siri Huawei Mate 20.

Baca juga:

Imej Pengolokan Huawei P30 Pro Dedah Rupa Depan Dan Belakang

Kirin 985 Dipercayai Sedang Dibangunkan Dan Adakah Ia Akan Diperkenalkan Pada Siri Huawei P30 Nanti?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend