Huawei P30 Lite Varian 128GB Dipercayai Akan Dijual Pada Harga Sekitar RM1,700 Comments Off on Huawei P30 Lite Varian 128GB Dipercayai Akan Dijual Pada Harga Sekitar RM1,700

Berdasarkan pendedahan yang diperolehi daripada laman TENAA, Huawei P30 Lite telah disahkan akan menyokong paparan skrin berukuran 6.15 inci dengan rekaan takuk kecil jenis titisan air. Hadir dengan kerangka berukuran 152.9 x 72.7 x 7.4mm, Huawei P30 Lite juga tersedia dengan bateri sebesar 3240 mAh.

Menariknya @rquandt yang merupakan salah seorang individu yang terkenal dengan ketirisan berita telah mendedahkan bahawa Huawei P30 Lite varian 128GB akan dijual pada harga €369 iaitu kira-kira RM1,704. Menurutnya, harga jualan ini adalah sama dengan model Huawei P20 Lite varian 64GB yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Ketirisan imej Huawei P30 Lite yang diperolehi daripada pembuat aksesori terkenal iaitu Spigen.

Walaupun buat masa ini cipset yang akan digunakan pada Huawei P30 Lite masih belum diketahui, berkemungkinan besar ia akan dikuasakan oleh Kirin 710 bagi menggantikan Kirin 659 pada generasi sebelumnya.

sumber

Baca juga:

Huawei P30 Lite Disahkan Menyokong Skrin Sebesar 6.15 Inci Dengan Bateri Berkapasiti 3240 mAh

Siri Huawei P30 Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 26 Mac 2019 Di Paris

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend