HUAWEI P30 Lite New Edition Atau P30 Lite XL Kini Rasmi Dalam Varian 6GB + 256GB Comments Off on HUAWEI P30 Lite New Edition Atau P30 Lite XL Kini Rasmi Dalam Varian 6GB + 256GB

Dalam diam-diam HUAWEI kini telah melancarkan satu lagi varian baharu untuk model kelas pertengahannya iaitu HUAWEI P30 Lite atau lebih dikenali sebagai HUAWEI Nova 4e untuk pasaran tempatan.

Dilancarkan secara rasmi sebagai model HUAWEI P30 Lite New Edition atau HUAWEI P30 Lite XL untuk pasaran terpilih, ia hadir dengan sokongan kombinasi memori yang lebih besar iaitu 6GB + 256GB.

Namun begitu, secara keseluruhannya model baharu ini menampilkan rekaan fizikal dan juga sokongan spesifikasi yang sama seperti HUAWEI P30 Lite ataupun Nova 4e.

Malah pilihan warna HUAWEI P30 Lite New Edition atau P30 Lite XL ini juga ditawarkan dalam empat warna pilihan yang sama iaitu Midnight Black, Pearl White, Peacock Blue dan Breathing Crystal.

Ia kini sudahpun mula dijual secara rasmi di pasaran terpilih seperti Jerman, Sepanyol dan Perancis pada harga EUR349.99 (~RM1,588) termasuk cukai VAT.

Spesifikasi HUAWEI P30 Lite New Edition / P30 Lite XL:

  • EMUI 9.1 (Android 9.0 Pie)
  • Kirin 710 (4x Cortex-A73 2.2GHz + 4x Cortex-A53 1.7GHz)
  • Mali-G51 @ 1.0GHz
  • 6GB + 256GB
  • microSD sehingga 512GB
  • Kamera utama: 48MP (f/1.8) + 8MP (Ultra Wide Angle) 2MP (Bokeh)
  • Kamera depan: 32MP (f/2.0)
  • 3340mAh (HUAWEI QuickCharge 18W)
  • Gravity sensor, Ambient light sensor, Proximity sensor, Gyroscope, Compass

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend