Huawei P30 Lite Disahkan Menyokong Skrin Sebesar 6.15 Inci Dengan Bateri Berkapasiti 3240 mAh Comments Off on Huawei P30 Lite Disahkan Menyokong Skrin Sebesar 6.15 Inci Dengan Bateri Berkapasiti 3240 mAh 519

Jika sebelum ini rekaan Huawei P30 Lite telah berjaya didedahkan melalui perkongsian sarung pelindung daripada jenama popular Spigen, baru-baru ini spesifikasi awal untuk Huawei P30 Lite pula berjaya didedahkan.

Perkara ini telah disahkan selepas model tersebut telah berjaya melepasi TENAA di China, Huawei P30 Lite dilihat menyokong paparan skrin FHD+ yang lebih kecil berukuran 6.15 inci dengan rekaan takuk jenis titisan air. Selain itu, ia juga bakal dikuasakan dengan bateri berkapasiti 3240 mAh dan mungkin akan turut dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas 18W.

Berdasarkan khabar angin yang dikongsikan sebelum ini, Huawei P30 Lite akan turut dilengkapi tiga kamera beresolusi 20MP + 16MP + 2MP dan mungkin akan dijana dengan cipset Kirin 710. Semua ini akan disokong pada binaan kerangka berukuran 152.9 x 72.7 x 7.4mm. Ia akan dilancarkan serentak dengan Huawei P30 dan P30 Pro pada 26 Mac 2019 nanti.

Baca juga:

Huawei P30 Lite Dipercayai Sokong Tiga Kamera, Takuk Titisan Air Dan Pengimbas Cap Jari Di Panel Belakang

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend