Huawei P30 Lite Dipercayai Sokong Tiga Kamera, Takuk Titisan Air Dan Pengimbas Cap Jari Di Panel Belakang Comments Off on Huawei P30 Lite Dipercayai Sokong Tiga Kamera, Takuk Titisan Air Dan Pengimbas Cap Jari Di Panel Belakang 437

Huawei sebelum ini telahpun mengesahkan akan melancarkan tiga model terbaharunya iaitu Huawei P30, P30 Pro dan juga P30 Lite secara rasmi pada 26 Mac 2019 nanti.

Baru-baru ini pengeluar sarung pelindung terkenal Spigen telah mendedahkan imej pengolokan untuk beberapa rekaan sarung pelindung yang akan diperkenalkan untuk model Huawei P30 Lite nanti. Pendedahan ini secara tidak langsung turut memberi gambaran awal berhubung rekaan fizikal yang akan disokong oleh model itu.

Sama seperti Huawei P30 dan P30 Pro, model ini akan turut menyokong rekaan takuk jenis titisan air dengan saiz bezel bawah yang lebih nipis. Menurut khabar angin yang diterima, Huawei P30 Lite juga didakwa hadir dengan tiga kamera beresolusi 20MP + 16MP + 2MP. Berdasarkan gambar itu juga, kedudukan LED flash turut ditempatkan di antara dua lensa.

Huawei P30 Lite juga tidak tersedia dengan teknologi pengimbas cap jari pada skrin, sebaliknya sensor pengimbas cap jari fizikal telah diletakkan pada panel belakangnya. Buat masa ini tiada spesifikasi lain berjaya didedahkan, namun begitu berkemungkinan besar ia akan dikuasakan dengan cipset Kirin 710 yang dibangunkan khusus untuk peranti kelas pertengahan.

Sumber

Baca juga:

Siri Huawei P30 Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 26 Mac 2019 Di Paris

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend