HUAWEI P30 Lite Akan Turut Diperkenalkan Dalam Warna ‘Breathing Crystal’ Tidak Lama Lagi Comments Off on HUAWEI P30 Lite Akan Turut Diperkenalkan Dalam Warna ‘Breathing Crystal’ Tidak Lama Lagi 275

HUAWEI sebelum ini ini telah melancarkan varian paling rendah dari siri P30 dengan kemunculan model HUAWEI P30 Lite pada Mac 2019 yang lalu. Menampilkan rekaan skrin sebesar 6.15 inci dengan rekaan takuk kecil, dan juga sokonga tiga kamera, P30 Lite ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Peacock Blue, Midnight Black dan juga Pearl White.

Menurut pendedahan @rquandtHUAWEI dikatakan akan turut memperkenalkan satu lagi warna baharu untuk model P30 Lite iaitu Breathing Crystal, sama seperti model P30 dan juga P30 Pro. Selain menerima kemasan panel belakang dengan sentuhan warna cerun, spesifikasi yang disokong oleh P30 Lite dalam warna baharu ini masih kekal sama seperti sebelum ini.

Sejak kebelakangan ini HUAWEI dilihat sering memperkenalkan warna baharu untuk peranti sedia ada di pasaran, dan ini jelas dilihat melalui penawaran warna baharu Misty Lavender dan Mistic Blue untuk HUAWEI P30 Pro. Namun begitu, buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada warna baharu untuk P30 Lite ini akan turut ditawarkan pada model global HUAWEI Nova 4e ataupun tidak.

  • Miliki peranti terpilih HUAWEI dengan jaminan waranti sehingga 2 tahun di HUAWEI Online Store

Baca juga:

[Ulasan] Huawei Nova 4e Dengan Tetapan Tri-Kamera Belakang Pada Harga Kompetitif

HUAWEI P30 Pro Dengan EMUI 10 Dalam Warna Misty Lavender Dan Mistic Blue Akan Dijual Bermula 20 September

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend