Huawei P30 Dilaporkan Akan Menyokong Tiga Kamera Dengan Sokongan ‘5x Lossless Zoom’ Comments Off on Huawei P30 Dilaporkan Akan Menyokong Tiga Kamera Dengan Sokongan ‘5x Lossless Zoom’

Keupayaan prestasi penggambaran siri P20 sebelum ini sememangnya boleh dianggap antara yang terbaik dan ia turut menerima pengiktirafan DxOMark sebagai telefon pintar berkamera terbaik di pasaran. Jadi dengan kemunculan siri baharu P30 yang akan diperkenalkan nanti, ia sudah tentunya menjanjikan pretasi penggambaran yang lebih baik.

Jika sebelum ini model Huawei P30 Pro telah dilaporkan akan menyokong konfigurasi empat kamera, laporan terbaru yang diterima adalah sokongan tiga kamera untuk varian lebih rendahnya iaitu Huawei P30. Sama seperti Huawei P20 Pro dan Mate 20 Pro, Huawei P30 dipercayai akan mengekalkan sokongan lensa utama beresolusi 40MP.

Lensa kedua yang akan disokong adalah telefoto dengan keupayaan ‘5x lossless zoom’ yang menjanjikan kualiti gambar yang lebih baik walaupun selepas dizum. Manakala lensa ketiga tidak lagi menggunakan lensa monokrom, tetapi sebaliknya akan digantikan dengan lensa bersudut luas sama seperti siri Huawei Mate 20.

Sama seperti Huawei P30 Pro, paparan skrin pada P30 turut menyokong rekaan takuk yang lebih kecil berbanding siri P20 sebelum ini.

Walaupun buat masa ini tiada sebarang pendedahan berhubung spesifikasi Huawei P30, ia sudah tentunya akan dikuasakan dengan pemproses Kirin 980 yang menggunakan cip 7nm pertama di dunia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend