HUAWEI P30 Dan P30 Pro Terima Mod Malam Swafoto Melalui EMUI Terbaru Comments Off on HUAWEI P30 Dan P30 Pro Terima Mod Malam Swafoto Melalui EMUI Terbaru 262

EMUI terbaru untuk HUAWEI P30 dan P30 Pro kini membawakan mod malam untuk kamera depan. Kemas kini versi 9.1.0.193 yang baru diterima oleh pengguna di China dikatakan akan dilepaskan kepada pengguna global tidak lama lagi – mungkin dalam seminggu-dua ini.

Selepas peranti dikemas kini, pengguna akan melihat pilihan mod malam apabila kamera depan dibuka. Ia membolehkan pengguna menangkap gambar dalam persekitaran gelap dengan lebih terang. Seperti biasa, pengguna perlu memegang peranti untuk seketika bagi kamera menangkap beberapa keping gambar untuk ditindihkan.

Selain daripada itu, perisian terbaru ini juga menyertakan tampalan keselamatan bulan Ogos dan pepijat.

 

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend