Huawei P30 dan P30 Pro Kini Rasmi Dengan Kirin 980, Kamera 40MP LEICA dan Bateri Lebih Besar Comments Off on Huawei P30 dan P30 Pro Kini Rasmi Dengan Kirin 980, Kamera 40MP LEICA dan Bateri Lebih Besar 512

Akhirnya penantian terhadap siri Huawei P30 telah terjawab hari ini apabila Huawei secara rasminya telahpun melancarkan Huawei P30 dan P30 Pro dalam acara khas yang berlangsung di Paris. Sebagaimana siri Huawei P20 sebelum ini, siri terbaharu daripada Huawei pada tahun 2019 ini dilihat masih mengekalkan keupayaan penggambaran terbaik dengan penambahbaikan menyeluruh terhadap spesifikasinya.

Ditawarkan dalam dua model berbeza, Huawei P30 tampil dengan paparan skrin OLED yang lebih kecil berukuran 6.1 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel), memori 8GB RAM, ruang storan 128GB, bateri berkapasiti 3650 mAh dengan teknologi pengecasan pantas 22.5W, dan juga ciri kalis percikan air IP53. Menariknya Huawei P30 juga dilihat telah mengembalikan semula kehadiran bicu audio 3.5mm.

Huawei P30 Pro pula menyokong paparan skrin OLED melengkung yang lebih besar berukuran 6.47 inci FHD+, memori 8GB RAM, tiga pilihan ruang storan 128GB/256GB/512GB, bateri berkapasiti 4200 mAh dengan teknologi pengecasan pantas 40W, dan ciri kalis air IP68. Sebagai tambahan, P30 Pro turut tersedia dengan ciri menarik seperti pengecasan tanpa wayar pantas 15W, dan juga fungsi reverse charging.

Untuk penggambaran pula, Huawei P30 menyokong tiga kamera LEICA beresolusi 40MP (f/1.8) + 16MP Ultra Wide-angle (f/2.2) + 8MP Telefoto (f/2.4, OIS). Konfigurasi tiga kamera ini membolehkan anda mengambil gambar dengan fungsi 3x zum optikal, 5x zum hibrid, dan 30x zum digital.

Manakala Huawei P30 Pro pula memiliki empat kamera LEICA beresolusi 40MP (f/1.6, OIS) + 20MP Ultra Wide-angle (f/2.2) + 8MP (f/3.4, OIS). Lebih mengejutkan ia menjanjikan keupayaan zum yang pertama seumpamanya untuk telefon pintar dengan fungsi 5x zum optikal, 10x zum hibrid, dan 50x zum digital.

Dari segi spesifikasi lain, kedua-dua model ini telah dikuasakan dengan cipset Kirin 980, dioperasikan oleh EMUI 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie, dan menyokong teknologi pengimbas cap jari pada skrin generasi baharu yang lebih pantas. Huawei P30 dan P30 Pro juga tersedia dengan kamera swafoto 32MP dengan fungsi AI HDR+ yang boleh ditemui pada rekaan takuk kecil kedua-dua peranti ini.

Harga jualan siri Huawei P30 untuk pasaran Eropah:

Huawei P30

  • 8GB + 128GB → €799 (kira RM3,682)

Huawei P30 Pro

  • 8GB + 128GB → €999 (kira RM4,607)
  • 8GB + 256GB → €1,099 (kira RM5,066)
  • 8GB + 512GB → €1,299 (kira RM5,757)

Baca juga:

Huawei P30 Pro Catat Skor Tertinggi Di DxOMark Dengan 112 Poin

Pengguna Di Malaysia Bakal Menyaksikan Pelancaran Siri Huawei P30 Menjelang April 2019 Nanti

Huawei Malaysia Akan Mengadakan Pelancaran Jualan Siri Huawei P30 Di 11 Lokasi Berbeza Di Seluruh Negara

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend