Huawei P20 Pro Terima Kemas Kini Untuk Tampalan Keselamatan Google Bulan April 2019 Comments Off on Huawei P20 Pro Terima Kemas Kini Untuk Tampalan Keselamatan Google Bulan April 2019

Jika anda memiliki model Huawei P20 Pro, baru-baru ini peranti itu telahpun mula menerima kemas kini baharu iaitu versi 9.0.0.261 (C636E2R1P12) dengan fail kemas kini sebesar 262MB bagi menggantikan versi sebelum ini iaitu 9.0.0.234. Berdasarkan log perubahan yang dikongsikan, kemas kini baharu untuk Huawei P20 Pro ini membawakan tampalan keselamatan Google untuk bulan April 2019.

Apa yang lebih menariknya, selepas peranti dikemaskinikan ke versi baharu ini, hampir 2GB ruang storan dalaman pada peranti itu akan dikembalikan semula kepada pengguna dan ia merupakan satu berita yang baik memandangkan Huawei P20 Pro tidak didatangkan dengan sokongan slot kad memori microSD ataupun nanoSD (NM Card).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend