Huawei P20 Pro Mendahului Takhta ‘Raja Penggambaran’ Dengan 109, Diikuti Rapat Oleh Huawei P20 Dengan 102 – DxOMark Comments Off on Huawei P20 Pro Mendahului Takhta ‘Raja Penggambaran’ Dengan 109, Diikuti Rapat Oleh Huawei P20 Dengan 102 – DxOMark

Baru sahaja kami berkongsi dengan pembaca di luar sana tentang keupayaan penggambaran Xiaomi Mi MIX 2S yang berjaya berada di kelompok lima telefon pintar dengan prestasi kamera terbaik di pasaran. Nampaknya kemunculan Huawei P20 Pro dan P20 telah menjanjikan sokongan kamera yang jauh lebih baik.

Nampaknya kedudukan Samsung Galaxy S9+ sebagai ‘raja penggambaran’ di kalangan telefon pintar di pasaran tidak kekal lama apabila takhta itu telah berjaya dirampas oleh Huawei P20 Pro dan juga Huawei P20. Berdasarkan laman DxOMark, Huawei P20 Pro telah mencatatkan skor sebanyak 109, diikuti oleh Huawei P20 sebanyak 102 poin.

Huawei P20 Pro telah mencatatkan skor sebanyak 114 poin untuk gambar dan 98 poin untuk rakaman video. Manakala Huawei P20 pula telah mencatatkan skor sebanyak 107 poin untuk gambar dan 94 poin untuk rakaman video. Sebagai rujukan. Samsung Galaxy S9+ mencatatkan skor sebanyak 104 poin untuk gambar dan 91 poin untuk rakaman video.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend