Huawei P20 Pro Edisi Terhad – Pearl White Kini Boleh Ditempah Comments Off on Huawei P20 Pro Edisi Terhad – Pearl White Kini Boleh Ditempah

Huawei P20 Pro ialah telefon pintar pertama di dunia yang hadir dengan warna gradien. Warna yang diberi nama Twilight itu sehingga kini masih menjadi ikutan oleh banyak pengeluar. Bagaimanapun pada acara IFA di Berlin yang lalu, Huawei telah memperkenalkan dua pilihan warna baharu Morpho Aurora dan Pearl White.

Morpho Aurora
Pearl White

Seperti biasa, pasaran Malaysia tidak ketinggalan untuk menerima warna edisi terhad ini. Bermula hari ini, pra-tempah Huawei P20 Pro Pearl White dibuka kepada orang ramai pada harga RM2949 (termasuk SST) dan tempahan hanya boleh dibuat di laman sesawang rasmi Huawei sahaja. Sehingga 5 Oktober 2018, setiap pra-tempahan akan menerima hadiah berupa kupon RM150 untuk pembelian aksesori, batang swafoto Huawei berwarna putih (model CF33), dan kad VIP Huawei P20 Series.

Tawaran ini juga dibuka eksklusif kepada para pelanggan Astro dimana mereka boleh menebus kupon RM200 dengan 200 mata ganjaran Astro Circle. Satu emel yang disertakan kupon akan dihantar kepada pelanggan untuk digunakan dalam pembelian Huawei P20 Pro Pearl White.

Pra Tempah: Huawei P20 Pro Pearl White

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend