Huawei P20 Pro Diiktiraf Sebagai ‘Best Photo Smartphone’ Dalam Anugerah TIPA 2018 Comments Off on Huawei P20 Pro Diiktiraf Sebagai ‘Best Photo Smartphone’ Dalam Anugerah TIPA 2018

Hari ini Huawei sekali lagi melakarkan kejayaannya apabila Huawei P20 Pro telah diiktiraf sebagai salah satu daripada Produk Terbaik 2018 oleh TIPA, melalui penganugerahan ‘Best Photo Smartphone’. Penerimaan anugerah ini secara tidak langsung telah membuktikan dedikasi kejuruteraan dan juga pereka Huawei dalam menghasilkan telefon pintar terbaik kepada pengguna.

Pengiktirafan anugerah sebagai telefon pintar dengan hasil gambar terbaik oleh Huawei P20 Pro ini telah terpilih sebagai pemenang selepas berjaya melepasi sesi pencalonan, pengujian serta perbandingan yang sangat ketat. Kejayaan ini telah dibantu melalui sokongan tiga lensa LEICA yang pertama di dunia melalui konfigurasi 40 Megapiksel RGB, 20 Megapiksel Monokrom, dan juga 8 Megapiksel Telefoto.

Huawei P20 Pro juga sebelum init turut mendahului takhta sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik di DxOMark dengan mencatatkan skor 109, manakala Huawei P20 pula berada di tangga kedua dengan 102 skor.

Info ringkas tentang TIPA:

Technical Image Press Association (TIPA) merupakan satu persatuan yang terdiri daripada 29 orang editor profesional, amatur, dan penerbitan (bercetak atau online) dari serata dunia termasuklah Asia, Australia, Eropah, Amerika Utara dan juga Amerika Selatan. Malah ia turut diwakili oleh Camera Journal Press Club dari Jepun.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend