Huawei P20 Pro dan Nova 3 Antara Tujuh Daripada Model Yang Akan Menerima EMUI 9.1 Comments Off on Huawei P20 Pro dan Nova 3 Antara Tujuh Daripada Model Yang Akan Menerima EMUI 9.1 469

Jika sebelum ini siri Huawei Mate 20 telah dilaporkan mula menerima kemas kini EMUI 9.1 versi beta, nampaknya tujuh lagi model keluaran Huawei dan Honor akan turut menerima kemas kini EMUI 9.1.

Pemilik Huawei P20 Pro di China sudah boleh menyertai program pengujian EMUI 9.1.

Melalui portal kelab rasmi Huawei di China, sebanyak tujuh model iaitu Huawei Mate RS Porsche Design, Huawei P20 Pro, Huawei P20, Huawei Nova 3, Honor 10, Honor V10, dan juga Honor Play telah terpilih untuk menyertai program pengujian EMUI versi baharu. Namun begitu penyertaan yang dibuka adalah sangat terhad iaitu 500 pengguna untuk versi log, dan 1500 pengguna untuk versi tanpa log.

Senarai lengkap nombor model peranti yang boleh menyertai program EMUI 9.1 beta di China.

Walaupun pihak Huawei tidak mengumumkan versi EMUI yang akan diuji, ia telah disahkan EMUI 9.1 berdasarkan daripada maklum balas pengguna yang telah menyertai program ini di ruangan komen portal tersebut. Fasa pengujian EMUI 9.1 versi beta ini juga secara tidak langsung mengesahkan ketibaan kemas kini EMUI itu untuk tempoh beberapa bulan lagi.

Baca juga:

EMUI 9.1 Beta Dengan Sistem File EROFS dan GPU Turbo 3.0 Kini Tersedia Untuk Siri Huawei Mate 20

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend