Huawei P20 Pro Akan Terima Fungsi ‘Performance Mode’ Melalui Kemas Kini EMUI 9.0 Comments Off on Huawei P20 Pro Akan Terima Fungsi ‘Performance Mode’ Melalui Kemas Kini EMUI 9.0

Kemunculan Huawei P20 Pro telah berjaya mendapat perhatian ramai kerana hadir dengan sokongan tiga kamera. Bahkan keupayaan penggambarannya turut diperakui oleh DxOMark sebagai telefon pintar berkamera terbaik di pasaran. Sambutan terhadap siri P20 ini sememangnya menggalakkan apabila 10 juta unit P20 dan P20 Pro telah terjual dalam tempoh lima bulan pertama.

Fungsi ‘Performance Mode’ pada Huawei P20 Pro menjanjikan prestasi yang lebih baik.

Walaupun pelbagai model baharu telah diperkenalkan, Huawei nampaknya tidak mengabaikan pemilik peranti Huawei P20 Pro apabila baru-baru ini mereka telah mengumumkan sokongan fungsi ‘Performance Mode’ untuk model tersebut. Menurut Huawei, sokongan fungsi tersebut akan disediakan dalam kemas kini EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie.

EMUI 9.0 turut menyokong fungsi ‘Digital Balance’ yang membolehkan pengguna memantau masa yang telah diluangkan pada telefon pintar mereka.

Dengan adanya sokongan fungsi ‘Performance Mode’, pemilik Huawei P20 Pro boleh menentukan sendiri bila mereka ingin mengaktifkan kuasa maksimum pada peranti tersebut. Apabila mod prestasi ini diaktifkan, pengoperasian sistem akan menjadi 12.9% lebih lancar dan dalam masa yang sama menjanjikan pembukaan aplikasi 16% lebih cepat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend