Huawei P20 Lite (2019) Kini Rasmi Dengan Skrin 6.4″, Empat Kamera Dan Bateri 4000 mAh Comments Off on Huawei P20 Lite (2019) Kini Rasmi Dengan Skrin 6.4″, Empat Kamera Dan Bateri 4000 mAh 213

Pada pertengahan bulan yang lalu, kami telah berkongsi bahawa Huawei akan tampil dengan satu lagi model daripada segmen mampu milik dengan ketirisan model Huawei P20 Lite (2019).

Kini model itu telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran di Switzerland dengan harga jualan termasuk cukai VAT iaitu CHF299.95 (kira-kira RM1,259). Huawei P20 Lite (2019) ini ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Midnight Black, Charming Red dan juga Crush Blue.

Huawei P20 Lite (2019) yang juga dipercayai akan dikenali sebagai Huawei Nova 5i ini menampilkan paparan skrin penuh IPS LCD berukuran 6.4 inci FHD+ (2310 x 1080 piksel), dengan rekaan lubang kamera di dalam skrin beresolusi 16MP. Manakala kamera utamanya pula menyokong empat kamera beresolusi 16MP + 8MP + 2MP + 2MP.

Peranti ini juga telah dikuasakan dengan cipset Kirin 710, dioperasikan oleh EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie, 4GB RAM, ruang storan 128GB, slot kad microSD sehingga 512GB, bateri berkapasiti 4000 mAh, dan juga port USB Type-C serta bicu audio 3.5mm.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend