Huawei P20 Disahkan Hadir Dalam Enam Pilihan Ruang Storan Berbeza Serta Bateri Berkapasiti 3320 mAh Comments Off on Huawei P20 Disahkan Hadir Dalam Enam Pilihan Ruang Storan Berbeza Serta Bateri Berkapasiti 3320 mAh

Kami sebelum ini pernah berkongsi dengan pembaca di luar sana tentang kebocoran berita berhubung peranti paling dinanti-nantikan iaitu Huawei P20. Antara yang pernah kami kongsikan sebelum ini termasuklah rekaan skrin penuhnya, kemampuan penggambaran tiga kamera dengan sokongan AI, dan juga harga jualannya untuk pasaran di Eropah.

Hari ini satu lagi berita penting berkaitan Huawei P20 telah berjaya disahkan melalui laman rasmi TENAA. Berdasarkan dokumen yang diperolehi, Huawei P20 dikatakan akan hadir dalam enam pilihan ruang storan berbeza iaitu 64GB/128GB/256GB + RAM 4GB dan juga 64GB/128GB/256GB + RAM 6GB.

 

Huawei P20 juga menampilkan sokongan bateri berkapasiti 3320 mAh iaitu lebih besar berbanding bateri berkapasiti 3000 mAh pada Huawei P20 Lite. Saiz kerangka Huawei P20 juga telah disahkan ukurannya iaitu 149.09 x 70.9mm berbanding Huawei P20 Lite yang berukuran 148.6 x 71.2mm.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend