Huawei P Smart Z Disahkan Menyokong Kirin 710, 4GB RAM dan Android 9.0 Pie – Geekbench Comments Off on Huawei P Smart Z Disahkan Menyokong Kirin 710, 4GB RAM dan Android 9.0 Pie – Geekbench

Imej pengolokan Huawei P Smart Z sebelum ini pernah tertiris pada penghujung bulan April yang lalu, dan ia dilihat menampilkan rekaan skrin penuh tanpa takuk dengan sokongan kamera depan jenis terangkat.

Berdasarkan pendedahan terbaru yang dikongsikan oleh laman ujian penanda aras popular Geekbench, Huawei P Smart Z telah disahkan akan dikuasakan oleh cipset kelas pertengahan Kirin 710. Selain itu ia juga dilihat menyokong RAM berkapasiti 4GB dan juga telah dioperasikan oleh Android 9.0 Pie dengan antaramuka EMUI 9.0.

Huawei P Smart Z dipercayai akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Eropah tidak lama lagi pada harga jualan sekitar €210 iaitu kira-kira RM970, termasuk cukai VAT.

Promosi Huawei:

Baca juga:

Imej Pengolokan Huawei P Smart Z Memperlihatkan Rekaan Skrin Penuh Dan Kamera Depan Terangkat

Beli Huawei Nova 4 atau Nova 4e dan Dapatkan Huawei Band 3 Bernilai RM239 Secara Percuma

Menangi Satu Daripada 999 Unit Huawei M3 Lite Bernilai RM989 Melalui Peraduan ‘Ramadan Kareem’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend