Huawei P Smart+ 2019 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Tiga Kamera 24MP Ultra Wide Comments Off on Huawei P Smart+ 2019 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Tiga Kamera 24MP Ultra Wide

Disember tahun 2018 yang lalu, Huawei baru sahaja melancarkan model Huawei P Smart 2019 di Eropah dengan menampilkan sokongan dwi kamera yang menjanjikan efek bokeh (kabur) yang lebih baik. Kini dalam diam-diam Huawei dilaporkan telah melancarkan satu lagi model terbaharunya daripada siri yang sama dengan kemunculan model Huawei P Smart+ 2019.

Sama seperti model sebelum ini, Huawei P Smart+ 2019 turut dikuasakan dengan pemproses Kirin 710, dioperasikan oleh EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie, skrin 6.21 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel), port microUSB, dan juga bateri berkapasiti 3400 mAh. Bahkan rekaan takuk kecil yang menempatkan kamera depan beresolusi 8MP juga masih dikekalkan.

Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat pada Huawei P Smart+ 2019 ini adalah pada kamera utamanya yang hadir dengan sokongan tiga kamera berbanding hanya dwi kamera pada model Huawei P Smart 2019. Keupayaan penggambaran peranti ini telah dipertingkatkan dengan sistem kamera 24MP + 16MP + 2MP yang mampu menyokong mod penggambaran sudut luas (Ultra Wide).

Ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Starlight Blue dan Midnight Black, Huawei P Smart+ 2019 hanya tersedia dalam satu konfigurasi memori sahaja iaitu 3GB + 64GB pada harga €279 (kira-kira RM1,278).

sumber

Baca juga:

Huawei P Smart 2019 Dengan Kirin 710 Dan EMUI 9.0 Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Huawei Nova Lite 3 Merupakan Jelmaan Model Huawei P Smart 2019 Untuk Pasaran Di Jepun

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend