Huawei P Smart 2019 Dengan Kirin 710 Dan EMUI 9.0 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on Huawei P Smart 2019 Dengan Kirin 710 Dan EMUI 9.0 Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Sejak November yang lalu, berita ketirisan tentang Huawei P Smart telah mula tersebar di Internet dan sebelum ini kami ada berkongsi bahawa ia mungkin akan diperkenalkan pada Januari nanti. Nampaknya model kelas pertengahan keluaran Huawei itu telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Eropah.

Huawei P Smart 2019 menampilkan sokongan pemproses Kirin 710 dengan kombinasi memori 3GB RAM, ruang storan dalaman sebesar 64GB, dan juga dilengkapi dengan slot kad microSD. Memiliki paparan skrin sebesar 6.21 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel), ia menyokong rekaan takuk jenis titisan air.

Keupayaan penggambaran Huawei P Smart 2019 yang memiliki kerangka berukuran 155.2 x 73.4 x 8mm ini juga hadir dengan keupayaan penggambaran dwi kamera beresolusi 13MP (f/2.2) + 2MP (depth sensor) dan juga pengimbas cap jari pada panel belakangnya. Untuk penggambaran swafoto pula ia menyokong kamera beresolusi 8MP.

Huawei P Smart 2019 turut dioperasikan oleh antaramuka EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie dengan sokongan bateri berkapasiti 3400 mAh. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Black dan Aurora Blue, ia akan mula dijual untuk pasaran Eropah bermula 2 Januari pada harga €249 (kira-kira RM1,184).

Tetapi ingin kami maklumkan di sini bahawa harga jualan di Eropah sememangnya agak mahal memandangkan ia turut dikenakan cukai jualan yang dikenali sebagai V.A.T.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend