Huawei Nova Lite 3 Merupakan Jelmaan Model Huawei P Smart 2019 Untuk Pasaran Di Jepun 0 503

Pada Disember 2018 yang lalu, Huawei telahpun melancarkan Huawei P Smart 2019 secara rasmi untuk pasaran di Eropah. Berdasarkan daripada nama yang digunakan, Huawei dilihat telah menggunakan pendekatan yang agak berbeza kerana setakat ini tiada lagi siri yang hadir dengan nama seperti itu.

Nampaknya penggunaan nama itu mungkin hanya diperkenalkan untuk pasaran Eropah sahaja kerana Huawei P Smart 2019 kini lebih dikenali sebagai Huawei Nova 3 Lite untuk pasaran di Jepun. Penggunaan nama siri sebegini mungkin lebih mudah untuk dikenali memandangkan Huawei sebelum ini telahpun hadir dengan siri Nova iaitu Nova 3 dan juga Nova 3i.

Peranti kelas pertengahan terbaru keluaran Huawei ini menjanjikan sokongan spesifikasi yang baik iaitu cipset Kirin 710, memori 3GB + 32GB (Huawei P Smart sokong 64GB), skrin 6.21 inci FHD+ dengan rekaan takuk titisan air, bateri berkapasiti 3400 mAh dan juga dioperasikan oleh EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie).

Sumber

Baca juga:

Huawei P Smart 2019 Dengan Kirin 710 Dan EMUI 9.0 Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend