HUAWEI Nova 7i Akan Dijual Pada Harga RM1099, Pra-Tempah Bermula 14 Hingga 21 Februari Comments Off on HUAWEI Nova 7i Akan Dijual Pada Harga RM1099, Pra-Tempah Bermula 14 Hingga 21 Februari

Kemas kini: Berdasarkan maklumat yang kami terima, HUAWEI Nova 7i akan mula dijual secara rasmi di pasaran tempatan bermula 22 Februari 2020 nanti.

Seperti yang dinanti-nantikan, akhirnya HUAWEI Malaysia telahpun mengumumkan harga jualan rasmi untuk model Nova 7i yang merupakan peranti pertama di negara ini dengan sokongan cipset Kirin 810.

Dijual pada harga RM1099, pra-tempah untuk HUAWEI Nova 7i akan bermula pada 14 hingga 21 Februari 2020 ini secara eksklusif di HUAWEI Online Official Store. Menariknya setiap pra-tempah akan turut menerima HUAWEI Band 4 secara percuma.

HUAWEI Nova 7i didatangkan dengan paparan skrin 6.4 inci FHD+, dikuasakan dengan Kirin 810, dioperasikan oleh EMUI 10 (Android 10), tiga kamera utama beresolusi 48MP, kamera depan 16MP, dan juga bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 40W.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend