HUAWEI Nova 6 Varian 5G Dan 4G Disahkan Akan Dikuasakan Dengan Teknologi Pengecasan Pantas 40W Comments Off on HUAWEI Nova 6 Varian 5G Dan 4G Disahkan Akan Dikuasakan Dengan Teknologi Pengecasan Pantas 40W 221

Sejak minggu lepas, berita mengenai kemunculan HUAWEI Nova 6 yang dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini sudah mula diperkatakan di Internet. Walaupun tidak banyak maklumat yang berjaya didedahkan buat masa ini, HUAWEI Nova 6 yang akan diperkenalkan dalam varian 5G dan 4G ini dikatakan hadir dengan sokongan dwi kamera depan dalam skrin.

HUAWEI Nova 6 5G (WLZ-AN00)
HUAWEI Nova 6 4G (WLZ-AN10)

Melalui penyenaraian 3C di China, HUAWEI Nova 6 yang tampil menggunakan nombor model WLZ-AN00 dan WLZ-AN10 iaitu untuk varian 5G dan 4G telah disahkan akan menyokong teknologi pengecasan pantas 40W. Berdasarkan maklumat yang didedahkan itu, peranti ini akan didatangkan sekali dengan palam kuasa HW-100400C00 yang menyokong output maksimum sehingga 10V4A.

Jika dilihat pada ketirisan imej pengolokan HUAWEI Nova 6 yang tertiris baru-baru ini, ia dipercayai akan hadir dengan sokongan kuad kamera. Malah rekaan butang kuasa yang agak besar ini juga berkemungkinan besar menyokong teknologi pengimbas cap jari terbina-dalam sama seperti siri HONOR 20.

melalui, sumber

Baca juga:

HUAWEI Nova 6 Dengan Sokongan 5G Dijangka Akan Diperkenalkan Pada Penghujung Tahun Ini

Imej Sebenar HUAWEI Nova 6 5G Dengan Rekaan Dwi Kamera Dalam Skrin Mula Tertiris

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend