HUAWEI Nova 6 Varian 4G Dan 5G Akan Dilancarkan Pada 5 Disember 2019, Imej Rasmi Mula Didedahkan Comments Off on HUAWEI Nova 6 Varian 4G Dan 5G Akan Dilancarkan Pada 5 Disember 2019, Imej Rasmi Mula Didedahkan 143

Selepas pelbagai ketirisan tentang HUAWEI Nova 6 mula diperkatakan, kini telefon pintar kelas pertengahan terbaharu daripada HUAWEI itu sudahpun disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Disember 2019. Malah pra-tempah untuk model Nova 6 juga sudahpun mula dibuka di China bermula sekarang.

This slideshow requires JavaScript.

Berdasarkan laman rasmi Vmall China, HUAWEI Nova 6 akan ditawarkan dalam dua varian iaitu 4G atau 5G, dan ia menyokong dua pilihan storan iaitu 8GB + 128GB dan juga 8GB + 256GB. Terdapat empat warna pilihan boleh dipilih iaitu hitam, biru, biru keunguan, dan juga merah.

This slideshow requires JavaScript.

Walaupun spesifikasi rasmi HUAWEI Nova 6 masih belum didedahkan kepada umum, ia telah dilaporkan akan menyokong dwi kamera pada skrin beresolusi 32MP + 8MP (Ultra Wide Angle), dikuasakan dengan cipset Kirin 990, 8GB RAM, dioperasikan dengan Android 10, teknologi pengecasan pantas 40W, dan juga sensor pengimbas cap jari pada butang kuasa.

sumber

Baca juga:

HUAWEI Nova 6 Varian 5G Dan 4G Disahkan Akan Dikuasakan Dengan Teknologi Pengecasan Pantas 40W

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend