HUAWEI Nova 6 Dengan Sokongan 5G Dijangka Akan Diperkenalkan Pada Penghujung Tahun Ini Comments Off on HUAWEI Nova 6 Dengan Sokongan 5G Dijangka Akan Diperkenalkan Pada Penghujung Tahun Ini

Tindakan kerajaan Amerika Syarikat untuk menyenaraikan jenama HUAWEI dalam Senarai Entiti di negara itu sedikitpun tidak menggugat pengeluar telefon pintar kedua terbesar dunia itu daripada terus tampil dengan model baharu keluarannya.

Melalui pangkalan data Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (CMIIT), HUAWEI dipercayai akan memperkenalkan model pertama dari siri HUAWEI Nova yang hadir dengan sokongan rangkaian 5G. Tampil menggunakan kod nama ‘Waltz’, HUAWEI Nova 6 telah disahkan akan dikuasakan dengan cipset Kirin 990 5G.

Ditawarkan dalam beberapa varian berbeza, HUAWEI Nova 6 ini berkemungkinan besar akan diperkenalkan untuk pasaran di China dalam varian WLZ-TL10, WLZ-TL00, WLZ-AL10 serta WLZ-AL00, dan juga pasaran global dengan penawaran varian WLZ-L29 serta WLZ-LX2.

Buat masa ini tiada spesifikasi lebih terperinci berjaya didedahkan, tetapi ia dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun 2019 ini. Sama seperti bulan pelancaran model HUAWEI Nova terdahulu.

Baca juga:

HUAWEI Nova 5z Kini Rasmi Dengan Kirin 810, RAM 6GB, Pengecasan 20W Dan Kuad Kamera 48MP

Pra-Tempah HUAWEI Mate 30 5G Dan Mate 30 Pro 5G Dibuka Di China Pada Harga Bermula Daripada RM2959

HUAWEI Mate Xs Dengan Sokongan Cipset Kirin 990 5G Akan Ditawarkan Bermula Mac 2020

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend