HUAWEI Nova 5T, Watch GT2 42mm Dan FreeBuds 3 Akan Hadir Dalam Warna Baharu Bermula 14 Februari Ini Comments Off on HUAWEI Nova 5T, Watch GT2 42mm Dan FreeBuds 3 Akan Hadir Dalam Warna Baharu Bermula 14 Februari Ini

Seperti yang telah kami kongsikan sebelum ini, HUAWEI Malaysia telahpun dijadualkan akan membawa masuk dua model telefon pintar terbaharunya iaitu HUAWEI Nova 7i dan HUAWEI Y7p untuk pasaran tempatan bermula minggu ini (14 Februari 2020).

Ternyata pada tarikh yang sama, HUAWEI Malaysia sebenarnya akan turut memperkenalkan penawaran warna baharu iaitu Crush Green untuk HUAWEI Nova 5T. Sama seperti warna Midsummer Purple, Crush Blue dan Black, ia akan dijual pada harga RM1399.

Pada 14 Februari 2020 nanti, HUAWEI Watch GT2 42mm juga akan turut ditawarkan dalam warna baharu iaitu Rose Gold dan akan dijual pada harga RM899. Berbeza dengan edisi Lake Cyan, ia didatangkan dengan tali besi yang dikenali sebagai milanese strap.

Manakala untuk aksesori HUAWEI FreeBuds 3 pula kini ia didatangkan dalam warna merah yang masih ditawarkan pada harga jualan yang sama seperti warna hitam dan putih iaitu RM679.

Bagi yang berminat untuk memiliki warna baharu untuk tiga produk keluaran HUAWEI ini, anda boleh membelinya secara atas talian pada 14 Februari 2020, jam 10.08 pagi secara eksklusif di HUAWEI Online Official Store:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend