HUAWEI Nova 5T Berharga RM1,599 Akan Dijual Secara Rasmi Di Kedai Fizikal Bermula 7 September 2019 Comments Off on HUAWEI Nova 5T Berharga RM1,599 Akan Dijual Secara Rasmi Di Kedai Fizikal Bermula 7 September 2019 345

Pelancaran HUAWEI Nova 5T telahpun berlangsung untuk pasaran tempatan pada 27 Ogos yang lepas pada harga jualan RM1,599. Malah pra-tempah untuk peranti ini sudahpun dibuka bermula 29 Ogos hingga 5 September 2019 dengan menawarkan hadiah percuma bernilai RM325.

Bagi anda yang terlepas peluang untuk menempah HUAWEI Nova 5T, ia sudah boleh dibeli terus di kedai fizikal HUAWEI dan juga penjual yang sah di seluruh negara bermula esok (7 September 2019). Dijual pada harga yang agak kompetitif, setiap pembelian HUAWEI Nova 5T akan turut menerima ganjaran VIP bernilai sehingga RM1,127 secara percuma.

Sehingga 31 September 2019, pembeli akan turut menikmati tawaran jaminan waranti tambahan selama 1 tahun untuk HUAWEI Nova 5T yang dibeli. Manakala pemilik siri Nova sedia ada juga boleh menyertai ‘HUAWEI Malaysia Level-up Program’ untuk menukar peranti mereka ke HUAWEI Nova 5T pada harga menarik.

Harga tukar beli yang ditawarkan melalui ‘HUAWEI Malaysia Level-up Program’.

Spesifikasi HUAWEI Nova 5T:

  • EMUI 9.1 + GPU Turbo 3.0
  • Kirin 980
  • 8GB + 128GB
  • 6.26 inci IPS LCD FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Kamera depan: 32MP
  • Kamera utama: 48MP + 16MP + 2MP + 2MP
  • 3750mAh (HUAWEI SuperCharge 22.5W)
  • Pengimbas cap jari di butang kuasa
  • 154.25 x 73.97 x 7.87mm / 174g

Tonton pandang pertama HUAWEI Nova 5T:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend