HUAWEI Nova 5i Pro Dengan Kirin 810, Empat Kamera Dan Lubang Kamera Dalam Skrin Kini Rasmi Comments Off on HUAWEI Nova 5i Pro Dengan Kirin 810, Empat Kamera Dan Lubang Kamera Dalam Skrin Kini Rasmi 309

HUAWEI sebelum ini terlebih dahulu melancarkan siri Nova 5 dengan pengumuman tiga model berbeza iaitu Nova 5, Nova 5 Pro dan juga Nova 5i di China pada hujung Jun yang lalu. Kini lebih kurang sebulan, HUAWEI telah tampil dengan satu lagi model baharunya yang juga dari siri Nova melalui pelancaran rasmi HUAWEI Nova 5i Pro.

Sebagaimana yang kita ketahui, Nova 5i Pro telah dikuasakan dengan cipset 7nm kedua daripada HUAWEI iaitu Kirin 810 yang menjanjikan prestasi AI yang jauh lebih baik berbanding cipset mercu seperti Snapdragon 855. Ia juga telah dioperasikan dengan antaramuka terkini daripada EMUI 9.1 yang berasaskan daripada Android 9.0 Pie, lengkap dengan sokongan GPU Turbo 3.0 dan sistem fail EROFS.

Dengan saiz kerangka 156.1 x 73.9 x 8.3mm dan berat 178g, Nova 5i Pro tersedia dengan paparan skrin IPS LCD yang diiktiraf TUV Rheinland berukuran 6.26 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel). Tanpa kehadiran takuk, ia telah menempatkan kamera swafoto beresolusi 32MP di dalam paparan skrin, mirip seperti model Nova 4 yang terlebih dahulu dilancarkan sebelum ini.

Nova 5i Pro yang menampilkan rekaan kamera matriks seperti siri Mate 20 ini telah menawarkan empat kamera beresolusi 48MP (f/1.8) + 8MP (Wide Angle Lens) + 2MP (Macro) + 2MP (Depth sensor). Manakala sensor pengimbas cap jari peranti ini pula boleh ditemui pada bahagian bawah kamera utama.

Selain itu ia juga memiliki bateri berkapasiti 4000 mAh dengan pengecasan pantas 20W menggunakan port USB-C, menyokong dwi rangkaian 4G VoLTE, WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, dan juga bicu audio 3.5mm.

Tersedia dalam tiga warna menarik iaitu Midnight Black, Aurora, dan Emerald Green, HUAWEI Nova 5i Pro diperkenalkan dalam tiga varian berbeza iaitu:

  • 6GB + 128GB – CNY2,199 (~RM1,317)
  • 8GB + 128GB – CNY2,499 (~RM1,497)
  • 8GB + 256GB – CNY2,799 (~RM1,676)

Miliki peranti HUAWEI terpilih dengan 2 tahun jaminan waranti, eksklusif di HUAWEI Online Official Store

Baca juga:

Karnival HUAWEI 2019 Menyediakan Ganjaran Sehingga RM1,000,000 – SUV Mewah Antara Hadiah Yang Ditawarkan

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend