Huawei Nova 4e Kini Rasmi – Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1,199 Bermula 16 Mac 1 370

Huawei Nova 4e kini dilancarkan secara rasmi di China malah ia juga menggunakan nama P30 Lite di sesetengah pasaran. Untuk pasaran Malaysia ia dikenali sebagai Nova 4e dan selari dengan pelancaran di China, Huawei Malaysia nampaknya turut membuat pengumuman penawaran peranti ini untuk pasaran tempatan.

Dijual pada harga RM1,199, peranti ini menawarkan spesifikasi kelas pertengahan menerusi paparan skrin 6.15-inci FHD+ dengan rekaan takuk titisan air selain dipadankan dengan cipset Kirin 710, memori 6GB RAM, dan 128GB storan.


Peranti ini dijana bateri 3,340mAh yang juga menyokong sambungan USB Type-C disamping menyertakan bicu audio 3.5mm. Peranti ini turut membawakan konfigurasi tri kamera belakang 24MP f/1.8 + 8MP f/2.2 sudut lebar + 2MP f/2.4. Sementara kamera swafoto pula memuatkan sensor 32MP f/2.0.

Huawei Nova 4e turut menawarkan beberapa ciri terkini seperti sokongan GPU Turbo 2.0 untuk permainan mudah alih PUBG Mobile, Mobile Legends, dan sebagainya. Seperti Nova 4, Nova 4e juga menyokong ciri Video Ringtone yang memainkan klip video ketika panggilan masuk. Mod penggambaran malam tanpa tripod juga tidak dilupakan pada peranti ini.

Huawei Nova 4e akan ditawarkan dengan pilihan warna Peacock Blue, Midnight Black, dan Pearl White di kedai-kedai terpilih seperti Huawei Experience Store, Courts, Harvey Norman, Senheng, dan SenQ seluruh negara bermula Sabtu, 16 Mac 2019. Ganjaran eksklusif turut diberikan kepada pemilik peranti menerusi Huawei VIP.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend