Huawei Nova 4e Disahkan Sokong Kirin 710 Dan 6GB RAM Berdasarkan Ujian Penanda Aras Geekbench Comments Off on Huawei Nova 4e Disahkan Sokong Kirin 710 Dan 6GB RAM Berdasarkan Ujian Penanda Aras Geekbench

Varian paling rendah dari siri Huawei Nova 4 iaitu Nova 4e sebelum ini telah dikhabarkan akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Mac ini di China. Bahkan berdasarkan imej acah yang telah dikongsikan sebelum ini, Huawei Nova 4e dilaporkan menawarkan kamera depan beresolusi 32MP.

Melalui pendedahan yang diperolehi daripada pangkalan data Geekbench, Huawei Nova 4e telah disahkan akan dikuasakan dengan pemproses lapan teras berkelajuan Kirin 710 (12nm). Kombinasi empat teras Cortex-A73 2.2 GHz dan empat teras Cortex-A53 1.7 GHz telah berjaya mencatatkan skor 1513 untuk single-core, dan 4955 untuk multi-core.

Spesifikasi asas lain yang disokong oleh Huawei Nova 4e termasuklah sokongan 6GB RAM, dan akan dioperasikan dengan antaramuka EMUI 9 berasaskan Android 9.0 Pie.

sumber

Baca juga:

Huawei Nova 4e Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 14 Mac Di China

Huawei Nova 4e Akan Hadir Tidak Lama Lagi Dengan Kamera Depan 32MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend