Huawei Nova 4e Akan Hadir Tidak Lama Lagi Dengan Kamera Depan 32MP Comments Off on Huawei Nova 4e Akan Hadir Tidak Lama Lagi Dengan Kamera Depan 32MP

Huawei Nova 4 telah dilancarkan pada Januari yang lalu – menawarkan telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan premium. Pada hari pelancaran, syarikat ini tidak memperkenalkan model lain selain Nova 4 itu sendiri. Bagaimanapun, menerusi perkongsian video acah terbaru Huawei di laman Weibo, Huawei nampaknya ingin melancarkan Nova 4 dalam versi ringan – Huawei Nova 4e.

Video acah turut memperlihatkan sedikit gambaran yang mana peranti akan hadir dengan kamera depan 32MP. Reka bentuk peranti ini juga mungkin serupa dengan abangnya tetapi untuk lensa swafoto ia telah dialihkan ke bahagian tengah berbanding di penjuru tepi.

Video yang tidak begitu jelas ini turut membolehkan kami membuat gambaran awal mengenai paparan yang bakal digunakan. Huawei Nova 4e mungkin hadir dengan paparan bertakuk titisan air atau sebaliknya – menggunakan teknologi skrin berlubang seperti Huawei Nova 4.

Tidak banyak yang dikongsikan dalam video acah ini, tetapi jika mengikut corak pemasaran model ‘e’, ia akan dilancarkan di pasaran China terlebih dahulu. Kemudian barulah akan memasuki pasaran antarabangsa tetapi menggunakan nama yang lain.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend