Huawei Nova 4e Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 14 Mac Di China Comments Off on Huawei Nova 4e Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 14 Mac Di China

Minggu terakhir bulan ini kita bakal melihat siri Huawei P30 akan dilancarkan secara rasmi di Paris. Tetapi sebelum itu, Huawei disahkan akan melancarkan peranti kelas pertengahan mereka, Nova 4e pada 14 Mac ini iaitu minggu hadapan.

Bagaimanapun pelancaran Nova 4e ini akan berlangsung di China dan mungkin akan diperkenalkan secara global tidak lama selepas itu dengan menggunakan nama Huawei P30 Lite.

Terdahulu, Huawei ada berkongsi satu video acah di laman Weibo memperlihatkan Nova 4e hadir dengan kamera depan 32MP. Sehingga kini masih menjadi tanda tanya adakah peranti ini menggunakan paparan bertakuk titisan air atau skrin berlubang seperti Nova 4.

Apa yang pasti cip pemproses yang akan digunakan adalah daripada kelas pertengahan – kemungkinan Kirin 710. Huawei P30 Lite turut dikhabarkan akan dilengkapi paparan skrin 6.15-inci FHD+ bersama bateri sebesar 3,240mAh.

Menerusi gambar sarung Spigen yang tertiris, ia hadir dengan tri-kamera dipercayai menggunakan sensor 20MP+16MP+2MP di belakang disamping pengimbas cap jari biometrik.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend