Huawei Nova 4 Sah Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 16 Januari Comments Off on Huawei Nova 4 Sah Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 16 Januari

Huawei Nova 4 sebelum ini pernah mendapat perhatian banyak pihak kerana ia menjadi model pertama keluaran Huawei yang menampilkan rekaan lubang kamera swafoto di dalam skrin. Menariknya hari ini Huawei Malaysia telah mengesahkan tarikh pelancaran model terbarunya itu untuk pasaran tempatan yang telah dijadualkan akan berlangsung pada 16 Januari 2019 nanti.

Selain menampilkan rekaan skrin penuh yang lebih moden, Huawei Nova 4 juga membawakan sistem tri-kamera yang mana salah satu daripadanya membawakan sensor Sony IMX586 beresolusi 48MP yang pertama di dunia. Dilengkapi paparan skrin berukuran 6.4 inci FHD+, ia turut dikuasakan oleh pemproses Kirin 970 dengan memori RAM mencecah sehingga 8GB dan juga ruang storan sebesar 128GB.

Buat masa ini harga dan tarikh ketersediaan Huawei Nova 4 di Malaysia belum lagi didedahkan, dan maklumat lanjut berhubung Huawei Nova 4 akan kami kongsikan pada hari pelancarannya nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend