Huawei Nova 4 Malaysia Bakal Hadir Dengan Fungsi Baharu – Klip Video Menggantikan Nada Dering Comments Off on Huawei Nova 4 Malaysia Bakal Hadir Dengan Fungsi Baharu – Klip Video Menggantikan Nada Dering 603

Kita sedia maklum Huawei Nova 4 akan dilancarkan di Malaysia pada 16 Januari 2019. Sebelum kehadirannya secara rasminya nanti, pihak Huawei Malaysia hari ini telah berkongsi sedikit maklumat tentang kelebihan yang bakal dibawa peranti ini.

Huawei Nova 4 bakal menawarkan fungsi atau ciri baharu yang mungkin akan mengubah pengalaman pengguna masa kini. Ianya adalah paparan klip video apabila panggilan diterima bagi menggantikan norma sedia ada, nada dering.

Namun begitu, kami tidak diberitahu lanjut apakah jenis klip video yang boleh diguna pakai, adakah ia terbina dalam peranti atau perlu disunting sebelum digunakan. Malahan kami juga tidak pasti adakah ciri ini akan diterima terus dari kotak atau perlu dikemas kini. Jadi, sama-sama kita nantikan kemunculan peranti ini di Malaysia minggu hadapan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend