Huawei Nova 4 Kini Boleh Dimiliki Pada Harga RM1,699 Bermula 27 Mei 2019, Percuma Huawei Band 3 Comments Off on Huawei Nova 4 Kini Boleh Dimiliki Pada Harga RM1,699 Bermula 27 Mei 2019, Percuma Huawei Band 3

Bermula hari ini (27 Mei 2019), Huawei Malaysia dilihat telah mula menurunkan harga jualan rasmi Huawei Nova 4 yang kini boleh dimiliki pada harga RM1,699, berbanding harga asalnya RM1,899.

Lebih menariknya, setiap pembelian Huawei Nova 4 akan turut menerima Huawei Band 3 (RM239) secara percuma. Bagi yang berminat untuk memiliki Huawei Nova 4, ia ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Black dan juga Crush Blue.

Dilancarkan secara rasmi pada Januari 2019, Huawei Nova 4 dikuasakan dengan cipset Kirin 970, dioperasikan dengan EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie), memori RAM 8GB, ruang storan 128GB, paparan skrin 6.4 inci FHD+ dengan rekaan lubang kamera 25MP di dalam skrin, tiga kamera utama beresolusi 20MP + 16MP + 2MP, dan juga bateri 3750 mAh (18W).

Baca juga:

[Ulasan] Huawei Nova 4 – Peranti Pertama Huawei Dengan Rekaan Kamera Dalam Skrin

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend