Huawei Nova 4 Dengan Lubang Kamera Pada Skrin Dipertontonkan Kepada Umum Comments Off on Huawei Nova 4 Dengan Lubang Kamera Pada Skrin Dipertontonkan Kepada Umum 531

Baru beberapa hari yang lepas peranti misteri yang dipercayai milik Huawei Nova 4 telah tertiris di Internet selepas gambar model itu berjaya diambil di dalam pengangkutan awam di China.

Huawei Nova 4 membuat penampilan sulungnya dalam sambutan ulang tahun penyanyi Jackson Yee di China.

Walaupun Huawei Nova 4 diumumkan secara rasmi pada bulan depan (Disember), semalam peranti itu dilihat telah mula membuat kemunculan yang lebih awal. Bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-18 penyanyi popular Jackson Yee, Huawei Nova 4 telah dipertontonkan kepada umum dalam siaran langsung.

Jelas dapat dilihat Huawei Nova 4 tidak lagi memiliki rekaan takuk, tetapi kamera hadapannya telah ditempatkan terus di dalam panel skrin.

Melalui gambar yang diperolehi, jelas dapat dilihat Huawei Nova 4 bakal menggunakan rekaan kamera hadapan di dalam skrin. Berdasarkan perkongsian daripada winfuture, paparan skrin LCD telah digunakan dan bahagian atas kiri panel itu telah ditebuk menggunakan laser bagi menempatkan kamera swafoto.

Imej CAD rekaan Huawei Nova 4 yang dihasilkan oleh @VenyaGeskin1.

Baca juga:

Ketirisan Gambar Peranti Misteri Dengan Kamera Di Dalam Skrin, Dipercayai Model Huawei Nova 4?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend