Huawei Nova 4 Dalam Warna Baharu Pearl White Kini Mula Ditawarkan Di China Comments Off on Huawei Nova 4 Dalam Warna Baharu Pearl White Kini Mula Ditawarkan Di China

Selepas memperkenalkan warna Pearl White untuk peranti keluarannya seperti Huawei P20, P20 Pro dan juga Nova 3i. Nampaknya penawaran warna itu turut diperkenalkan untuk peranti kelas pertengahannya yang terbaharu iaitu Huawei Nova 4 dan sudahpun mula dijual secara rasmi di China bermula 3 Mac yang lalu.

Namun berbeza dengan varian sedia ada yang menyokong tiga kamera 48MP, Huawei Nova 4 dalam warna Pearl White ini menyokong resolusi kamera yang sama seperti di Malaysia iaitu hadir dengan lensa 20MP. Jika varian Huawei Nova 4 dengan kamera 48MP dijual pada harga CNY3,399 (kira-kira RM2,069), varian 20MP ini dijual lebih murah pada harga CNY3,099 (kira-kira RM1,886).

Huawei Nova 4 merupakan peranti pertama daripada Huawei hadir dengan rekaan kamera di dalam skrin yang berukuran 6.4 inci FHD+, dikuasakan oleh Kirin 970 dengan teknologi GPU Turbo, dan juga bateri berkapasiti 3750 mAh.

Miliki peranti Huawei anda hari ini:

Sumber

Baca juga:

Tiba Giliran Huawei Nova 3i Pula Menerima Warna Pearl White

Huawei P20 Pro Edisi Terhad – Pearl White Kini Boleh Ditempah

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend